01 Julai 2011

Pulut Kuning Lapis Serunding



Bahan-bahan:
  • 1 Kilo beras pulut (beras pulut susu lg elok)
  • 2 Cawan pati santan
  • Garam
  • Daun pandan
  • 1 Sudu kecil kunyit serbuk (gn pewarna pun ok)
  • 3 Keping asam keping
  • Serunding (ikut suka daging atau ayam)
Cara-cara:

  • Basuh pulut kemudian rendam  bersama asam keping dan masukkan sebuk kunyit..rendam semalaman atau 5 jam..
  •  Letak kukus atas dapur..bahagian kukus yg lobang2 tu letak daun pandan dan masak pulut setengah masak...
  • Dah setengah masak keluarkan pulut masukkan dlm bekas kemudian letak pati santan yg dah dibuh sedikit garam..gaul sampai rata..masukkan semula dlm kukus masak pulut sampai masak...
  • Dah masak keluarkan setengah dari pulut tu masukkan dalam loyang..tekan bagi rata..lepas tu boleh la diletak serunding...amik lebih pulut tadi letak atas serunding tadi..tekan bagi rata dan padat...akhir sekali tebalikkan pulut tadi dlm pinggan ...dah siap...potong-potong boleh lee makan...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan