01 Julai 2011

Nasi Ayam




Bahan2nya

  • 1 ekor ayam
  • 2 inci halia - hiris
  • 1/2 labu bawang putih
  • Air(sukat secukup untuk buat sup dan memasak nasi)kalau nampak kurang tambah lagi air

Nasi ayam:
3 gelas beras (sup 3 1/2 gelas)
1/2 suduteh serbuk kunyit
garam
(1 kayu manis, 5 buah pelaga, 1 bunga lawang, 3 cengkih dan 15 ulas bawang merah )--->kesemuanya ditumis hingga naik bau dan dituangkan ke dalam periuk nasi
1/2 suduteh gula
-masak nasi hingga masak seperti biasa
Rebus ayam dgn bahan2 diatas sehingga lembut dan angkat isinya...
- isi ayam lepas tu diperap dengan kicap manis cap kipas udang....letak banyak sikit...
- dah mesra ayam dan kicap, isi ayam tadi digoreng (ikut suka nak garing sikit ataupun cukup2 masak je/masak layu)
- kicap tadi dicampurkan dengan sup ayam untuk dijadikan kuah kicapnya...

sup ayam:
  • Air rebusan ayam
  • 2 cube ayam
  • 2 sup bunjut
  • 12 biji bawang merah/guna bawang goreng je
  • 1 kayu manis, 5 buah pelaga, 3 bunga cengkih , 1 bunga lawang & sup bunjut
  • 1 oaket kecil rempah sup adabi kalau suka...
  • garam , gula secukup rasa
daun sup dan daun bawang untuk tabur

cili sos:

  • 11 biji cili masak
  • 7 ulas bawang putih
  • gula - secukup manis
  • jus limau nipis - secukup masamnya
  • sehiris halia
  • garam
*semua bahan2 diblend dan dimasak sebentar

*Hiasan: daun salad, timun

Nasi Ayam memng fav anak-anak...selalu buat ayam mesti keras klu dah sejuk...ni resepi dari kawan FB juga mamanur..tq mama sudi berkongsi resepi....mama bg tip klu tak mau ayam jd keras klu dah sejuk**ayam yg dah direbus jangan digoreng terlalu lama**saya dah buat pun macam tu..hasilnya memang lembut..walau pun dah sejuk...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan